SOP Amalan 5S



GARIS PANDUAN UMUM PELAKSANAAN AMALAN 5S
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

KATEGORI
NO
KEPERLUAN PELAKSANAAN








SUDUT 5S
1



2



3







Nama dan gambar ahli bersaiz pasport bagi setiap kumpulan dalam zon / Jawatankuasa Induk 5S.

Setiap sudut 5S perlu menonjolkan kreativiti dari segi hiasan dan pameran setiap pasukan dengan mengekalkan imej korporat.

Sudut 5S bagi setiap zon haruslah mengandungi :

a) Logo 5S / Slogan 5S
b) Polisi 5S
c) Objektif, Visi dan Misi 5S
d) Nama Kumpulan
e) Carta Organisasi
f) Carta Perbatuan Terkini (Induk dan Zon)
g) Gambar sebelum / selepas aktiviti 5S dan selepas penambahbaikan berserta tarikh
h) Pelan lantai zon
i) Kedudukan sudut hendaklah terletak di laluan utama ahli zon dan mudah dilihat
j) Keputusan audit
k) PIC (Person In Cgarge) dan lokasi
l) Jadual giliran bertugas
m) Lain-lain maklumat yang sesuai





REKOD AKTIVITI KUMPULAN / ZON
1



2


3
Setiap zon hendaklah mewujudkan dan menyelenggara fail 5S masing-masing dan memastikan segala maklumat di sudut difailkan.

Rekod hasil mesyuarat kumpulan hendaklah difailkan.

Aktiviti penambahbaikan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.




KATEGORI
NO
KEPERLUAN PELAKSANAAN








DISIPLIN DAN SIKAP PEKERJA


1





2



3




4
Berada di tempat kerja semasa audit dijalankan kecuali bercuti, berkursus, mesyuarat atau menghadiri tugas rasmi di luar dan rekod pergerakan staf hendaklah sentiasa dikemas kini.

Cara berpakaian hendaklah kemas dan sesuai dengan pakaian kerja mengikut Pekeliling Peraturan Awam.

Penampilan diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam yang berorientasikan pelanggan seperti berbudi bahasa, kesopanan dan bertatasusila yang baik.

Sentiasa memberi kerjasama semasa kerja-kerja pengauditan dijalankan dan mempunyai sikap berpasukan serta budaya 5S dalam kalangan ahli zon.



LANTAI
1


2



3



4
Lantai tidak berdebu, tidak basah, dan bersih dari sebarang kekotoran.

Sampah-sarap tidak bertaburan di atas lantai sama ada di sudut-sudut atau di bawah peralatan perabot dan perhiasan.

Lantai tidak berlubang / pecah / rekahan atau
sebarang kecacatan yang berpotensi mengancam keselamatan pekerja.

Tiada barang yang tidak diperlukan diletakkan di atas lantai.




KATEGORI
NO
KEPERLUAN PELAKSANAAN











PERALATAN PEJABAT DAN PERABOT
1



2



3



4



5




6





Peralatan pejabat dan perabot sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat.

Cermin tingkap sentiasa dilap dan tidak berhabuk, manakala yang pecah segera diganti.

Peralatan pejabat sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih dan disusun supaya kelihatan kemas.

Pastikan lampu dan plug elektrik sentiasa berfungsi dan dilabelkan mengikut kesesuaian.

Peralatan yang rosak tidak boleh diletakkan di atas meja atau berdekatan dengan tempat kerja. Peralatan tersebut perlulah diletakkan di satu tempat khas dan dilabelkan dengan jelas.

Teknik susunan peralatan pejabat dan perabot dapat memendekkan masa memproses sesuatu kerja. Contohnya, kabinet fail diletakkan berhampiran dengan tempat kerja pegawai.


SUSUNAN FAIL
1


2




Fail perlu disusun dengan teratur, mudah diperoleh / disimpan dan bersistem.

Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian / pencapaian dalam satu tempoh masa (contoh 30 saat per fail).


No comments:

Post a Comment